assalamualaikum.. saya kembali membawa pelbagai cerita... kisah suka duka kmk sepanjang 2009 tok! :) :(
now kmk org knk hadapi hidup tanpa ada bapak di sisi mek org.. Armarhum Haji Awg Yusuf Bin Awg Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 9 november 2009.. hidupan kmk org immediately berubah... i hope kmk org mampu menempuh smua tok..
al-fatihah..
Friday, December 4, 2009
Kembali lagi!
Posted by Unknown at 6:26 PM 0 comments
Thursday, June 25, 2009
Warkah Terakhir Last Episode!
hai.. assalamualikum... lamak dah saya tok x mlh cerita pake lam blog tok! xda masa saya tok.. siang malam sentiasa...
Mlm tok tek last episod Warkah Terakhir(Rosli Dhoby).. mek 3 Mizah jak tinggal di rumah dak lain semua berjalan... nang mena2 mek org nanggis di rmh tok! mentang2lah xda org dirumah.. hahaha
best da jak dapat nanggis mena2.. hahaha mun dapat eyh saya mok nangga cita ya dari mula sampe abis.. dari episod 1 sampe 8.. camne nak ka nanggis mek org tok! :) mesti kembang mata xpat di bukaK.. lawak2....
okeylah mok out lok! dah TYME utk tidor!
Posted by Unknown at 7:22 AM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
Facebook!
yo bih.. smua org dh lari ke facebook termasoklah aku.. aku pun pake facebook juak knk tok!! hahah :)
sbb2 aku berpindah ke facebook sbb aku rasa cdak geng lam friendster semua dah xsuka glak make friendster myspace apa tah lagik! sbb yalah aku pindah menggunakan facebook.. senang juaklah make nya..x susuh...
ok sampe ctok jaklah.. bye2.. assalamualaikum..
Posted by Unknown at 9:57 AM 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
Janji Dengan Nyawa(Rosli Dhoby)
Warkah Terakhir(Rosli Dhoby) mengisahkan kisah benar sejarah Negeri Sarawak.. bnyak org madah Rosli Dhoby seorang pembunuh sedangkan nya membunuh Sir Duncan George Stewart sbb mok membebaskan Sarawak daripada pihak British.. so maknanya Rosli dhoby bukan PEMBUNUH tetapi PEJUANG!!
mun mok tauk kisahnya ibh lupak tangga cita SUATU KETIKA- WARKAH TERAKHIR.
Di Astro Citra channel 131! mun xda langgan channel ya bkk jak kat youtube.. pasti tersentuh dengan cerita ini! :)
Posted by Unknown at 12:14 AM 0 comments
Saturday, June 6, 2009
Cerita Bulan Mei!
hai assalamualaikum!! lamak da sebenarnya gmbr tok di simpan.. waktu dinner bank negara dolok 16 Mei 2009! dolok nanglah mok kah tapi xda masa mok meletaknya... sorrylah brk tok ada masa utk engkahnya
Posted by Unknown at 7:02 AM 0 comments
Wednesday, June 3, 2009
Hai All!!
lamak dah xmsk ke blog! xda masa juak... bkn apa.. waktu cuti tok ada jaklah aktiviti.. ujung minggu mun ada katering ne pat on9. mun x pun ngekot org pengilan.
3 Jun 2009
petang marek kmk ngn dak mak pegi ke pasa meli buah k molah acar buah. kak meli ya singgahlah minum kat kede makan dekat cya.. little lubnan... tp jaja jln2 kat india street cya.. sementara nunggu org molah aik adalah sorang org tua lalu, nek ling bah.. mula2 nya xknl mek org bila mak negor brk nya knl.. adakah nya madah kmk org org cina! ...bak kata nek ling "lagik bagus"
Posted by Unknown at 7:59 PM 0 comments
Thursday, May 28, 2009
Utusan Malaysia
Hafiz sedia 'berentap' di medan seni
metra.mohamed@utusan.com.my
| |
| SELEPAS menjuarai AF7, Hafiz kini sudah bersedia untuk menempuh segala cabaran bergelar insan seni. |
TAHUN lalu, ketika Akademi Fantasia menjengah ke musim keenam (AF6), jejaka comel bernama Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau mesra dengan panggilan Hafiz ini merupakan antara ribuan peserta yang hadir untuk mencuba nasib dengan menyertai sesi uji bakat.
Berbekalkan sokongan keluarga serta percaya kepada kemampuan diri juara AF1 iaitu Vince diikuti Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4) dan Mila (AF5), menjadi sandarannya untuk menggapai impian menuju ke puncak kejayaan yang sama.
Bagaimanapun, segala yang diimpikan Hafiz ketika itu punah dan rezeki seakan enggan memihak kepadanya apabila tidak tersenarai untuk diterbangkan ke Kuala Lumpur bagi bersaing merebut gelaran juara.
Sedikit kecewa kerana tersingkir awal pada sesi uji bakat berkenaan, namun anak kelahiran bumi Kenyalang ini tidak pernah mengenal erti putus asa.
Kemenangan yang dikecapi Stacy di musim keenam sebagai anak bumi negeri di bawah bayu pertama menjuarai siri saingan AF sedikit sebanyak membakar semangatnya untuk kembali memasuki sesi uji bakat di musim ketujuh.
Hasilnya, dia terpilih sebagai antara pelajar AF7 dan paling membanggakan Hafiz berjaya meletakkan namanya sebaris enam dengan juara AF terdahulu dengan merangkul kejuaraan.
Menjadi anak Sarawak pertama menjuarai AF, langkah Hafiz melalui liku-liku hidup selaku insan seni sudah pun bermula.
Ke mana arah dan tujuan yang ingin dibawa, semuanya terpulang dan bergantung kepada jejaka berusia 19 tahun ini.
Bakal dilanda pelbagai gosip, jatuh bangun dan apa sahaja senario berkaitan dunia hiburan, bagi Hafiz semuanya itu bakal dilaluinya dengan penuh tabah.
"Ya, saya sudah bersedia menghadapi apa jua cabaran dan dugaan.
"Banyak benda yang perlu saya pelajari serta mendapatkan pengalaman-pengalaman baru.
"Sebagai orang baru, saya juga memerlukan sokongan media untuk membantu dalam apa jua perkara,'' katanya ketika sesi fotografi eksklusif bersama Hits di studio Utusan, baru-baru ini.
Tanggal 16 Mei lalu menjadi detik bersejarah dalam hidup Hafiz apabila diumumkan sebagai juara AF7 dengan mengenepikan empat pencabarnya yang lain iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma.
Kemenangan itu melayakkan Hafiz membawa pulang trofi dan wang tunai RM20,000 tajaan Astro.
Hafiz juga turut menerima hadiah sebuah kereta Honda Accord 2.0, percutian ke New York untuk dua orang, set teater rumah dan kamera digital Olympus.
Menyambung bicara, Hafiz berkata, dalam mengejar impiannya bergelar penyanyi, dia juga sudah bersedia untuk tinggal berjauhan dari ahli keluarganya di Sarawak.
Ujar Hafiz yang dikatakan manja dengan ibunya, walau berjauhan, ia mengajarnya untuk hidup berdikari.
Saat ditanya tentang senario bekas pelajar yang tersingkir atau pemenang tempat kedua serta ketiga menjadi lebih gah daripada juara itu sendiri, Hafiz menjelaskan bahawa semuanya adalah rezeki masing-masing.
"Saya juga kena bersaing dengan mereka. Persaingan di sini adalah secara sihat. Sebagai juara, saya perlu berusaha dengan lebih gigih,'' katanya yang akan cuba menyeimbangkan antara karier dan pelajarannya di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Kuching.
Perancangan selepas bergelar juara
Memenangi pelbagai hadiah sebaik diumumkan sebagai juara AF7, Hafiz yang akan menangguhkan percutian ke New York ekoran penularan wabak influenza A (H1N1) berkata, wang tunai yang diperolehinya akan digunakan sebaik mungkin.
"Saya mahu membalas jasa ibu dan bapa. Akan saya bawa mereka mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah nanti.
"Kereta Honda Accord itu pula untuk kegunaan saya di sini serta keluarga,'' katanya.
Mengenai karier di bidang nyanyian pula, Hafiz memberitahu semuanya telah pun ditetapkan oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).
"Banyak yang perlu saya ikuti menerusi AESB termasuk kelas vokal dan beberapa kelas lain.
"Antara program-program tersebut adalah rakaman Menuju Puncak yang saya hoskan sendiri, sesi temu bual, program Jelajah Era, rakaman Trek Selebriti dan rakaman lagu berjudul Masih Jelas.
"Sememangnya ia memenatkan tetapi apabila telah menetapkan impian, inilah yang perlu saya lalui. Apa yang penting, saya gembira dengan semua ini,'' jelas Hafiz yang merindui saat-saat ketika berada di dalam akademi.
Sedih tinggalkan Hafiz
Sementara itu, ibu Hafiz, Halizawati Mohd. Salleh, 44, yang pada mulanya agak malu untuk ditemu bual, mengaku dirinya dan suami, Mohd. Suip Mohd. Suut, 48, amat merindui dan bersedih apabila terpaksa berjauhan dengan anak sulung mereka itu.
Bagaimanapun, ujarnya, semuanya itu tidak sedikitpun memberikan kesan negatif dalam hidupnya sekeluarga kerana menjadikan Hafiz berjaya dalam bidang seni adalah impiannya juga.
"Ini adalah pertama kali dia (Hafiz) berjauhan agak lama daripada kami. Sememangnya saya bersedih tetapi saya kena berfikiran positif dan percaya kepada rezeki Hafiz.
"Apa pun, saya sudah lama bersedia dengan keadaan begini sebaik Hafiz melalui sesi uji bakat lagi,'' katanya.
Menyentuh keperibadian Hafiz, Halizawati berkata, sebagai anak lelaki, Hafiz dilihatnya sebagai anak yang cukup nakal tetapi manja.
Kepada soalan tentang aktiviti seni Hafiz sebelum menyertai AF, dia yang akan sentiasa berulang alik dari Kuching ke Kuala Lumpur memberitahu, anaknya itu agak kurang menyertai beberapa pertandingan nyanyian sewaktu di bangku sekolah.
"Kami sering berkaraoke di rumah. Lagipun, ahli keluarga kami pun ada yang bergelar penyanyi.
"Pada 2006, Hafiz pernah menjadi penyanyi undangan sewaktu Mawi terlibat dengan sebuah konsert di Kuching,'' ujarnya sambil menambah yang beliau akan berusaha untuk memindahkan pengajian Hafiz dari Kuching ke cawangan PTPL di Semenanjung Malaysia.
Posted by Unknown at 10:38 PM 0 comments


