CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 28, 2009

Utusan Malaysia

Hafiz sedia 'berentap' di medan seni


SELEPAS menjuarai AF7, Hafiz kini sudah bersedia untuk menempuh segala cabaran bergelar insan seni.


TAHUN lalu, ketika Akademi Fantasia menjengah ke musim keenam (AF6), jejaka comel bernama Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau mesra dengan panggilan Hafiz ini merupakan antara ribuan peserta yang hadir untuk mencuba nasib dengan menyertai sesi uji bakat.

Berbekalkan sokongan keluarga serta percaya kepada kemampuan diri juara AF1 iaitu Vince diikuti Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4) dan Mila (AF5), menjadi sandarannya untuk menggapai impian menuju ke puncak kejayaan yang sama.

Bagaimanapun, segala yang diimpikan Hafiz ketika itu punah dan rezeki seakan enggan memihak kepadanya apabila tidak tersenarai untuk diterbangkan ke Kuala Lumpur bagi bersaing merebut gelaran juara.

Sedikit kecewa kerana tersingkir awal pada sesi uji bakat berkenaan, namun anak kelahiran bumi Kenyalang ini tidak pernah mengenal erti putus asa.

Kemenangan yang dikecapi Stacy di musim keenam sebagai anak bumi negeri di bawah bayu pertama menjuarai siri saingan AF sedikit sebanyak membakar semangatnya untuk kembali memasuki sesi uji bakat di musim ketujuh.

Hasilnya, dia terpilih sebagai antara pelajar AF7 dan paling membanggakan Hafiz berjaya meletakkan namanya sebaris enam dengan juara AF terdahulu dengan merangkul kejuaraan.

Menjadi anak Sarawak pertama menjuarai AF, langkah Hafiz melalui liku-liku hidup selaku insan seni sudah pun bermula.

Ke mana arah dan tujuan yang ingin dibawa, semuanya terpulang dan bergantung kepada jejaka berusia 19 tahun ini.

Bakal dilanda pelbagai gosip, jatuh bangun dan apa sahaja senario berkaitan dunia hiburan, bagi Hafiz semuanya itu bakal dilaluinya dengan penuh tabah.

"Ya, saya sudah bersedia menghadapi apa jua cabaran dan dugaan.

"Banyak benda yang perlu saya pelajari serta mendapatkan pengalaman-pengalaman baru.

"Sebagai orang baru, saya juga memerlukan sokongan media untuk membantu dalam apa jua perkara,'' katanya ketika sesi fotografi eksklusif bersama Hits di studio Utusan, baru-baru ini.

Tanggal 16 Mei lalu menjadi detik bersejarah dalam hidup Hafiz apabila diumumkan sebagai juara AF7 dengan mengenepikan empat pencabarnya yang lain iaitu Aril, Akim, Yazid dan Isma.

Kemenangan itu melayakkan Hafiz membawa pulang trofi dan wang tunai RM20,000 tajaan Astro.

Hafiz juga turut menerima hadiah sebuah kereta Honda Accord 2.0, percutian ke New York untuk dua orang, set teater rumah dan kamera digital Olympus.

Menyambung bicara, Hafiz berkata, dalam mengejar impiannya bergelar penyanyi, dia juga sudah bersedia untuk tinggal berjauhan dari ahli keluarganya di Sarawak.

Ujar Hafiz yang dikatakan manja dengan ibunya, walau berjauhan, ia mengajarnya untuk hidup berdikari.

Saat ditanya tentang senario bekas pelajar yang tersingkir atau pemenang tempat kedua serta ketiga menjadi lebih gah daripada juara itu sendiri, Hafiz menjelaskan bahawa semuanya adalah rezeki masing-masing.

"Saya juga kena bersaing dengan mereka. Persaingan di sini adalah secara sihat. Sebagai juara, saya perlu berusaha dengan lebih gigih,'' katanya yang akan cuba menyeimbangkan antara karier dan pelajarannya di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Kuching.

Perancangan selepas bergelar juara

Memenangi pelbagai hadiah sebaik diumumkan sebagai juara AF7, Hafiz yang akan menangguhkan percutian ke New York ekoran penularan wabak influenza A (H1N1) berkata, wang tunai yang diperolehinya akan digunakan sebaik mungkin.

"Saya mahu membalas jasa ibu dan bapa. Akan saya bawa mereka mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah nanti.

"Kereta Honda Accord itu pula untuk kegunaan saya di sini serta keluarga,'' katanya.

Mengenai karier di bidang nyanyian pula, Hafiz memberitahu semuanya telah pun ditetapkan oleh Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).

"Banyak yang perlu saya ikuti menerusi AESB termasuk kelas vokal dan beberapa kelas lain.

"Antara program-program tersebut adalah rakaman Menuju Puncak yang saya hoskan sendiri, sesi temu bual, program Jelajah Era, rakaman Trek Selebriti dan rakaman lagu berjudul Masih Jelas.

"Sememangnya ia memenatkan tetapi apabila telah menetapkan impian, inilah yang perlu saya lalui. Apa yang penting, saya gembira dengan semua ini,'' jelas Hafiz yang merindui saat-saat ketika berada di dalam akademi.

Sedih tinggalkan Hafiz

Sementara itu, ibu Hafiz, Halizawati Mohd. Salleh, 44, yang pada mulanya agak malu untuk ditemu bual, mengaku dirinya dan suami, Mohd. Suip Mohd. Suut, 48, amat merindui dan bersedih apabila terpaksa berjauhan dengan anak sulung mereka itu.

Bagaimanapun, ujarnya, semuanya itu tidak sedikitpun memberikan kesan negatif dalam hidupnya sekeluarga kerana menjadikan Hafiz berjaya dalam bidang seni adalah impiannya juga.

"Ini adalah pertama kali dia (Hafiz) berjauhan agak lama daripada kami. Sememangnya saya bersedih tetapi saya kena berfikiran positif dan percaya kepada rezeki Hafiz.

"Apa pun, saya sudah lama bersedia dengan keadaan begini sebaik Hafiz melalui sesi uji bakat lagi,'' katanya.

Menyentuh keperibadian Hafiz, Halizawati berkata, sebagai anak lelaki, Hafiz dilihatnya sebagai anak yang cukup nakal tetapi manja.

Kepada soalan tentang aktiviti seni Hafiz sebelum menyertai AF, dia yang akan sentiasa berulang alik dari Kuching ke Kuala Lumpur memberitahu, anaknya itu agak kurang menyertai beberapa pertandingan nyanyian sewaktu di bangku sekolah.

"Kami sering berkaraoke di rumah. Lagipun, ahli keluarga kami pun ada yang bergelar penyanyi.

"Pada 2006, Hafiz pernah menjadi penyanyi undangan sewaktu Mawi terlibat dengan sebuah konsert di Kuching,'' ujarnya sambil menambah yang beliau akan berusaha untuk memindahkan pengajian Hafiz dari Kuching ke cawangan PTPL di Semenanjung Malaysia.

Hafiz @Hardy Dahlia 24 Mei 2009













Saturday, May 9, 2009

HAFIZ-I BELIEVE I CAN FLY



nak nangis ku dengar nya lagu tok!!! sedih2... nang BEST!! xpat di kata apa.. mudahan hafiz menang taun tok!! sbb mak kmk ngundi hafiz! comfirm hafiz menang bah... (^_^)
sanggup gik ya nya meli baju hafiz kuatan nya minat ilak tek nak! taun tok nang berhabis-habisan mek org ngundi hafiz!! AFUNDI3/5/10<>HAFIZ KE 32999... Ibh lupak ya... I believe i can fly!! mak nak ngaja haris lagu i believe i can fly oi!!!

Sunday, May 3, 2009

Namaku yang disebut!!! muahahaha...



isma



hafiz!!!