Dari Mata Arisa adalah cerita asalnya dari pada novel Kau Sayangku yang di tulis oleh Bikash Nur Idris.. cita nang best.. enjoy juak baca buku tok.. xrugi mun baca.
Sinopsis : KAU SAYANGKU |
KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri. Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain? |
"Dari Mata Arisa disiarkan 40 episod terbitan Bright Network Sdn Bhd ini bergerak seiring kisah Maliah dan Marina, bukan sahaja kembar tidak seiras malah perwatakan mereka juga berbeza. Kelahiran mereka ke dunia seolah-olah untuk menjalani satu penyiksaan yang panjang apabila Maliah diseksa oleh Marina.
Marina bukan sahaja telah “merampas” tunang Maliah tetapi juga, dengan tipu muslihat, telah membolot semua harta peninggalan orang tua mereka. Marina bertekad untuk tidak membenarkan kembarnya itu mengecap kebahgiaan walau sedikit pun. Kebencian Marina dan kesengsaraan Maliah berpanjangan hingga ke generasi berikutnya.
Namun cerita bermula dengan Arisa dan Ayana, anak kembar seiras Maliah, meraikan kejayaan mereka sebagai graduan bersama adik mereka Amal dan Zaril, teman lelaki Ayana, senior kembar tersebut di universiti dan kini sudah pun bekerja di Kuala Lumpur. Tidak seperti ibu dan mak su mereka, Arisa dan Ayana begitu akrab dan amat menyayangi antara satu sama lain."
0 comments:
Post a Comment